MARI KITA BELAJAR BUAT WEBSITE SENDIRI,GUNA HANDPHONE DENGAN MUDAH


Follow My Blog

Get new content delivered directly to your inbox.

Bab 1 : Cara membuat Website WordPress

JUM BELAJAR INTERNET,

Bersama saya menjelajahi dunia Internet, blog, wordpress, Malaysia

Menu

MARI KITA BELAJAR BUAT WEBSITE SENDIRI,
GUNA HANDPHONE DENGAN MUDAH

Bagaimana Membuat Halaman Web Anda Di Dalam Masa 30 Minit Sahaja

Menggunakan Telefon Bimbit (Android) atau Tab (Android) Anda?

Bab 1

Anda mungkin telah melihat bagaimana ramai orang mempunyai halaman web mereka sendiri.

Anda juga mungkin hairan bagaimana mereka membuatnya sendiri.

Anda mungkin tidak percaya bahawa dengan hanya kebolehan menaip dan menggunakan Internet di jejari anda, anda juga mampu berbuat seperti mereka juga. Anda tidak perlu cakap anda bukan celik IT (Teknologi Maklumat).

Anda boleh jadi penulis dengan asalkan anda mempunyai idea serta bahan yang hendak disampaikan.

Dengan pengalaman membuat halaman web (secara susahnya) selama 21 tahun (ye benar!), saya mendapati semakin lama semakin mudah membuatnya dengan penggunaan teknologi terbaharu masakini.

Baiklah, sekarang apa yang kita perlukan sebelum membuat halaman web (webpage/website) adalah :

Anda perlu ada yang berikut :

Telefon Pintar (Smartfon android atau Iphone) ATAU Tab/Tablet/Phablet
Talian Data Internet/WIFI (Tiada Data anda boleh guna WIFI di rumah jika ada!)
E-mel (Wajib ada! Jika tiada, anda perlu buatkan satu.

Sebaiknya guna e-mel dari Gmail kerana sistem Android adalah dari syarikat yang sama dengan Gmail!)
Bahan untuk menulis (Opsyenel)
Perisian/Program untuk menulis (Kita akan pelajarinya nanti)
Anda mungkin sudah tidak sabar-sabar lagi ya. Sabar sedikit lagi.

Ada beberapa penerangan ringkas yang ingin saya perjelaskan yang berkaitan dengan Internet dan juga kata-kekunci yang mungkin anda tidak pernah dengari atau mungkin orangramai akan bertanya kepada anda kelak.

Jadi lebih baik kita fahami dahulu konsep Internet.

#Kekunci Utama Pembuatan Blog :

Server : tempat di mana bahan penulisan anda akan ditempatkan. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Kita akan menggunakan yang percuma dahulu.

Contoh Penyedia Server Free :
• infinityfree.net
• OOOwebhost.com

Domain Name : Alamat rujukan kepada bahan penulisan anda. Seperti juga lamat rumah anda.

Contoh Web Domain Free :
•freenom.com
•dot.tk
•n@me.com
Kita akan gunakan yang FREE dahulu selama setahun yer!

Website yang menyediakan web hosting Dan Domain menggunakan CSS dan boleh juga menggunakan peranti mudah alih seperti WORDPRESS.COM

: Bendalah atau program atau perisian yang anda gunakan untuk memasukkan bahan penulisan anda. Kita akan menggunakan perisian aplikasi di WORDPRESS hanya perlu muat turun di Google Play Store.

Internet : Medium penghantaran bahan penulisan kita. Macam medium suratkhabar, televisyen, Astro dan sebagainya

WIFI : Rangkaian Internet untuk bersambung ke Internet
Data : Rangkaian Internet yang anda telah langgani melalui pengendali rangkaian telefon anda seperti Maxis, Celcom dan sebagainya


Kita teruskan membaca di Bab 2. Cara-cara nak memasang Wordpres ke dalam fon/tablet anda

Share this:
TwitterFacebook

BELAJAR
BARU BELAJAR, WORDPRESS

Powered by WordPress.com.
Create your website at WordPress.com
Get started